fbpx

Kedah dijangka alami peningkatan penggunaan air semasa Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk terpaksa menyimpan air ekoran masalah bekalan air yang semakin serius pada hari raya. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Penggunaan air di Kedah dijangka meningkat melebihi 30 peratus iaitu mencecah 1,000 liter air sehari (mld) berbanding 780 mld pada hari biasa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keadaaan itu disebabkan lebih lima juta orang dijangka memasuki Kedah sempena Syawal ini menyebabkan penggunaan air meningkat.

Justeru, katanya, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) menyediakan pelan kontigensi bagi menangani masalah gangguan bekalan air pada sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula Jumaat ini hingga 6 Mei depan.

“Pengguna boleh membuat aduan secara terus kepada pusat khidmat setempat (PKS) di 12 lokasi yang dikenal pasti kerap mengalami masalah air setiap kali tiba musim perayaan,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, sebuah lori tangki dan tangki statik akan ditempatkan di setiap PKS bagi menyelesaikan aduan penduduk setempat secepat mungkin.

“Kesemua PKS akan beroperasi antara 2 hingga 4 Mei bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

“Antara 12 lokasi PKS tersebut adalah di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah; Masjid Pulau Tengah di Pokok Asam, Pendang; Medan Selera Pekan Kodiang, Dewan Nelayan di Tanjung Dawai dan Depot SADA di Semeling,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, PKS berkenaan juga akan dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Becah Sawa di Baling; Surau Kampung Tok Aris di Jeneri, Sik; Pasar Awam Ayer Hangat di Langkawi serta Loji Rawatan Air (LRA) Gurun.

Kata beliau, cuti raya seramai 1,500 pekerja SADA turut dibekukan pada tahun ini bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI