fbpx

Pesakit kanser hadiri temu duga ketika sesi kemoterapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang disertakan pada hantaran berkenaan menunjukkan Prasad sedang duduk di katil hospital ketika menghadiri temu duga pekerjaan. – Arsh Nandan Prasad

NEW DELHI – Seorang lelaki dari India mendapat perhatian di media sosial kerana menghadiri temu duga pekerjaan ketika menjalani sesi rawatan kemoterapi di sebuah hospital, lapor majalah berita India Today.

Arsh Nandan Prasad telah memuat naik sebuah hantaran di laman LinkedIn mengenai sesi temu duga yang dihadirinya. Gambar profil akaunnya mempunyai lencana #OpenToWork.

Sekeping gambar yang disertakan menunjukkan dia menghadiri temu duga ketika duduk di katil hospital dengan sebuah komputer riba diletakkan di atas meja katil. 

“Apabila anda memberikan yang terbaik dalam sesi temu duga tetapi tidak dipilih kerana anda sedang melalui masa-masa sukar dalam hidup, ia menunjukkan betapa murahnya hati syarikat-syarikat ini.

“Ketika perekrut mengetahui bahawa saya sedang melawan kanser, saya dapat lihat perubahan pada ekspresi mereka. 

“Saya tidak perlukan simpati kalian. Saya disini untuk membuktikan diri saya layak. Ini gambar terbaharu ketika saya menghadiri temu duga semasa sedang menjalani sesi kemoterapi,” tulis Arsh.

Disebabkan hantaran tersebut, Arsh kemudian ditawarkan pekerjaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Applied Cloud Computing, Nilesh Satpute.

“Hi Arsh! Sila berhenti menghadiri temu duga ketika menjalani rawatan. Saya sudah semak kelayakan anda dan ia sangat hebat. Anda boleh sertai kami pada bila-bila masa. Tiada temu duga,’’ tulis Nilesh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI