fbpx

Insiden letupan stor umpama berada di medan perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan siasatan di lokasi kejadian yang turut memusnahkan 18 kereta dan dua lori di Sentul, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kejadian letupan yang berlaku di stor barang kes milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini petang kelmarin, boleh dirasai gegarannya sejauh 100 meter dari lokasi berkenaan.
Kejadian itu turut menyebabkan premis berdekatan antaranya kedai gun­ting rambut me­ngalami kerosakan seperti cermin pecah.

Seorang pemilik bengkel dikenali sebagai Ah Kuan, 51, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam premisnya sebelum terdengar letupan kuat disusuli dengan gegaran.

“Saya nampak asap tebal dan rasa seperti malapetaka sedang berlaku. Objek seperti besi, kayu dan batu berterbangan menyebabkan cermin kereta, tingkap rumah dan bumbung di kawasan ini mengalami kerosakan.

“Saya bernasib baik kerana batang besi sepanjang hampir 30 sentimeter seberat dua kilogram nyaris mengenai kepala saya, namun sempat dielak,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, seorang tukang gunting, A. S. Sharma, 39, memberitahu, kejadian letupan itu adalah yang pertama berlaku sejak dia bekerja hampir 20 tahun di kawasan tersebut.

“Jarak kedai gunting rambut dan lokasi letupan adalah kira-kira 100 meter, namun impaknya menyebabkan pintu kaca dan lampu di kedai ini pecah.

SHARMA menunjukkan sebahagian cermin di premisnya yang pecah dalam kejadian letupan stor barang kes semasa tinjauan di Sentul, Kuala Lumpur semalam.

“Sewaktu kejadian, saya sedang menggunting rambut pe­langgan, mujur tidak buat kerja mencukur. Jika tidak, saya tak dapat membayangkan keadaan pelanggan. Kami segera keluar untuk menyelamatkan diri ma­sing-masing,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Sharma mengalami kerugian kira-kira RM1,500 dan telah membuat laporan polis di IPD Sentul semalam.

Bagi pekerja kedai makanan, R. Logeswari, 40, pula, bunyi letupan kelmarin diibaratkan umpama berada di medan perang.

KEadaan tingkap kaca yang rosak dalam kejadian letupan di bangunan stor barang kes IPD Sentul kelmarin.

“Kejadian pada pukul 6 petang itu menyebabkan orang ramai panik. Semua berlari untuk menyelamatkan diri.

“Mujur tiada sebarang kerosakan berlaku di kedai saya,” katanya.

Berita berkaitan: Tiga cedera, 50 kereta rosak angkara kebakaran stor simpanan di Sentul

Dalam kejadian kelmarin, stor barang kes milik IPD Sentul terbakar sehingga menyebabkan 18 kereta dan dua lori yang juga barang kes musnah dijilat api.

Kesemua kenderaan tersebut merupakan barang kes berdaftar yang disimpan di dalam stor terbabit.

Kejadian turut menyebabkan tiga pekerja am yang membantu pembersihan proses pelupusan cedera ringan dan masing-ma­sing menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI