fbpx

Badan semakin bongkok, Zamani tetap kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTUK fizikal Zamani yang semakin membongkok meraih simpati ramai peminat meskipun penyanyi itu masih gagah menghiburkan orang ramai.

TIADA angin dan ribut, tular sebuah video Zamani Slam dalam media sosial sehingga mencetuskan rasa terkejut dalam kalangan netizen.

Semuanya disebabkan keadaan fizikal Zamani yang semakin bongkok akibat sakit tulang belakang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Susulan video tersebut, ramai yang terkejut kerana tidak menyangka keadaan kesihatan penyanyi itu agak teruk tetapi mereka tetap mendoakan agar Zamani terus sihat dan sakit tulang belakangnya akan pulih.

“Walaupun sakit, dia tetap menyanyi demi peminatnya,” ciap netizen.

“Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik berpanjangan,” kata netizen lain.

Sama-samalah doakan agar penyanyi kesayangan ramai itu sembuh dan dapat menghiburkan peminat yang sentiasa dahagakan suara indahnya.

MIZZ LAHAR: Masih ada lagi ke selebriti yang memiliki baju raya lebih 30 pasang?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI