MK K-Clique sekali lagi mencetuskan huru-hara dalam kalangan peminat terutama golongan hawa apabila memuat naik foto bersama seorang wanita cantik dalam Instagramnya.
Tambah membuatkan ramai resah-gelisah apabila kapsyen ditulis penyanyi itu berbaur cukup romantik.
“Minta maaf atas semua sayang. Terima kasih sebab masih sabar dengan saya. Saya sayang awak,” coretnya.
Fuh! Memang manis bersemut. Apa lagi, berbondong-bondonglah peminat MK meluahkan rasa kecewa dalam ruangan komen apabila melihat foto tersebut.
“Nak menangis, tolong cakap ini hanya lakonan semata-mata,” komen netizen.
“Sudahlah dua tahun tak dapat beraya, tiba-tiba crush buat hal nak dekat-dekat raya,” luah seorang lagi peminatnya.
Alahai teruk juga kekecewaan yang dialami peminat penyanyi kacak tinggi lampai itu. Sabarlah ya semua, marilah berharap foto tersebut hanya bahan untuk promosi lagu baharunya. Tapi kalau betul itu kekasih MK, semua mesti kena terbuka hati menerima okey!
MIZZ LAHAR: Dengarnya ramai sudah mula pulang ke kampung hari ini. Hati-hati di jalan raya ya semua.