PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 turun tiga sen kepada RM1.63 sen seliter berbanding RM1.66 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 25 September depan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga turun tiga sen daripada RM1.96 kepada RM1.93 seliter.
“Harga runcit diesel pula turun lima sen iaitu daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – K! ONLINE