fbpx

Buat penghantaran bungkusan ‘helikopter’ guna treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan yang memaparkan bentuk seperti sebuah helikopter dirakam di sebuah tol di Jawa. - Instagram

JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan sebuah treler membawa bungkusan gergasi misteri melalui tol lebuh raya menuju ke Tangerang, Indonesia menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.

Video yang dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya memaparkan treler tersebut hampir tidak dapat melalui gerbang tol kerana bungkusan misteri yang dibalut rapi itu hampir tidak melepasi lorong yang disediakan.

Ramai netizen memberi tekaan bahawa bungkusan itu adalah sebuah helikopter yang sedang dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik baharunya.

“Mungkin ini helikopter yang bakal dikirim ke Ukraine untuk membantu perang di sana,” komen seorang pengguna media sosial.

“Hebat hadiah helikopter, orang kaya negeri mana yang membuat tempahan ini?” komen seorang lagi.

Menurut sumber, ketinggian maksimum treler yang dibenarkan menggunakan jalan tol itu adalah 4.5 meter.

Jika melebihi had saiz, treler tersebut tidak dibenarkan menggunakan jalan tol walaupun berjaya melalui pintu tol. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI