fbpx

Kenanga isytihar agihan, repatriasi pendapatan sebanyak RM161.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kenanga Investors Berhad (Kenanga Investors) telah mengisytiharkan agihan dan repatriasi pendapatan akhir sebanyak RM161.5 juta untuk 18 dana runcit sehingga Mac 2022.

Nilai tersebut sekali gus menambah kepada agihan dan repatriasi pendapatan sebanyak RM298.3 juta bagi tempoh 2021, menjadikannya jumlah agihan sebanyak RM459.8 juta untuk pelanggannya bagi tahun kewangan 2021.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismitz Matthew De Alwis berkata, agihan pendapatan tersebut berdasarkan keuntungan daripada dana, dividen serta pendapatan lain yang merangkumi kelas ekuiti, pendapatan tetap dan aset bercampur.

Menurut beliau, ia dipacu oleh prestasi cemerlang walaupun menghadapi pergolakan pasaran yang berlanjutan akibat pengenalan semula langkah pembendungan Covid-19 yang lebih ketat di seluruh negara menjelang akhir kedua suku tahun.

“Kami berbesar hati untuk mengisytiharkan hasil agihan pendapatan antara enam peratus hingga 10 peratus untuk dana ekuiti dan seimbang, manakala dana pendapatan tetap menjana hasil purata enam peratus.

“Sepanjang tahun 2021, pelaburan kami dalam syarikat-syarikat teknologi dan pembuatan tempatan telah membuahkan hasil yang baik,” katanya dalam kenyataan. 

Ismitz  menjelaskan, syarikat tersebut  yang kebanyakannya terlibat dalam rantaian bekalan semikonduktor global, telah meraih manfaat daripada peningkatan permintaan global terhadap elektronik susulan peningkatan trend bekerja dari rumah.

Tambah beliau, melangkah ke hadapan, syarikat pengurusan dana berkenaan akan terus memfokuskan sektor dengan pendapatan yang lebih berdaya tahan, dan kekal yakin dengan sektor teknologi pertumbuhan sekular serta sektor nilai/kitaran tertentu, seperti pelancongan, perjalanan, pengguna, hartanah dan kewangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI