fbpx

Tempat penginapan pekerja dikesan kotor, ancam nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asri semasa memeriksa sebuah tempat penginapan pekerja dalam operasi di Butterworth, Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Daif, kotor, berbahaya, mengancam nyawa dan tidak sesuai untuk diduduki oleh manusia.

Selain lantai dan tangga besi yang hampir reput serta berlubang, tilam yang digunakan oleh penghuninya juga sangat nipis dan mereka terpaksa menggunakan kelambu kerana nyamuk yang banyak.

Itu gambaran ringkas mengenai sebuah asrama di kilang cerucuk besi yang menempatkan sekumpulan pekerja warga asing di Butterworth di sini hasil operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) hari ini.

Selain kilang cerucuk besi itu, sebuah penginapan di kilang berasaskan kotak juga diperiksa dalam operasi yang turut disertai oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri, Imigresen, polis serta Jabatan Kesihatan negeri itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM, Mohd. Asri Abdul Wahab berkata, susulan daripada operasi itu juga, pihaknya telah membuka sebanyak enam kertas siasatan iaitu di bawah Seksyen 24D Akta 446 kerana gagal membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan penginapan terhadap pekerja mereka.

Beliau berkata, sabit kesalahan, denda sebanyak RM50,000 boleh dikenakan terhadap mereka bagi setiap kesalahan yang berjaya dibuktikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua majikan terbabit gagal menyediakan kemudahan sewajarnya kepada 34 pekerja yang terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

“Alasan mereka mudah iaitu tak tahu. Sedangkan, akta ini (446) digubal pada 2019 dan dikuatkuasakan pada 2020. Kami pun dah buat operasi merata-rata secara meluas. Mereka tak boleh cakap tak tahu. Mereka tahu, cuma mereka tak kisah,” katanya kepada pemberita semasa mengetuai operasi itu hari ini.

Menurut beliau, selain kesalahan di bawah JTKSM, beberapa kesalahan lain turut dikesan iaitu kilang dan jentera tidak berdaftar di bawah JKKP, tunggakan caruman dan tidak mendaftarkan pekerja asing (di bawah Perkeso) dan sebagainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI