KUALA LUMPUR – Zurich Malaysia dan Z Zurich Foundation memberi sumbangan berjumlah RM45,454 kepada Rumah Raudhatul Al-Faeez.
Zurich Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sumbangan dana tersebut akan digunakan untuk membangunkan semula rumah mereka yang terbakar pada tahun 2018.
“Kami berkongsi kasih sayang dan kegembiraan melalui sumbangan serta sesi berbuka puasa bersama 28 anak-anak kurang bernasib baik sempena hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.
“18 sukarelawan daripada Zurich Malaysia telah meluangkan masa bersama anak-anak Rumah Raudhatul Al-Faeez untuk berbuka puasa dan menaja hadiah hari raya serta barang-barang keperluan harian,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.
Rumah Raudhatul Al-Faeez menempatkan anak-anak yatim, yatim piatu dan asnaf yang berusia di antara empat hingga 20 tahun. – KOSMO! ONLINE