fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Pahang, Johor, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di tiga negeri sehingga pukul 6 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah.

“Di Pahang kawasan yang terjejas ialah di Pekan dan Rompin, sementara di Johor pula di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

“Bagi negeri Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod),” katanya hari ini.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI