PETALING JAYA – Orang ramai sebak serta kagum dengan semangat seorang suami bagi memenuhi permintaan terakhir isterinya yang telah meninggal dunia kerana Covid-19 dan kanser.
Menerusi perkongsian video berdurasi 57 saat seorang jurugambar yang dikenali sebagai @fitrinruslee di media sosial berkata, lelaki itu adalah bekas pelanggannya dan mahu memenuhi permintaan terakhir arwah isterinya untuk bergambar satu keluarga.
“Isteri abang ini baru sahaja meninggal sebelum bulna Ramadan akibat Covid-19 dan kanser.
“Mereka adalah bekas pelanggan saya, hajat isterinya nak bergambar raya bersama satu keluarga dan arwah minta keluarganya semua berbaju kuning lembut kerana itu warna kegemarannya,” katanya.
Rata-rata orang ramai sebak dan mendoakan agar lelaki itu terus kuat menempuhi kehidupan.
“Semoga abang ini terus kuat dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” kata fakhrul azizi.
“Al-fatihah buat Allahyarhamah, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, semoga keluarga tabah dan kuat aamiin,” tulis norsofia.
Sementara itu, Fauziah_gee turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu.
“Semoga Allah tempatkan arwah yang tempat yang indah aminn, semoga abang terus kuat Al-fatihah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE