fbpx

Selangor sumbang RM50,000 bina balai bomba sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM50, 000 hasil sumbangan kerajaan negeri selain diperhatikan Norazam (dua kanan).

KUALA SELANGOR – Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Modal Insan menyumbang RM50,000 bagi pembinaan balai bomba sukarelawan Saujana Utama di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, ini sebagai usaha berterusan bagi memastikan pasukan tersebut dapat menjalankan kerjanya dengan lancar.

“Saya difahamkan bahawa bomba sukarelawan di sini banyak terlibat dalam operasi, iaitu sebanyak 369 kes pada tahun 2020 dan 472 kes pada tahun lalu.

“Ini antara salah satu sebab kerajaan negeri nak bantu pasukan ini kerana mereka aktif dalam operasi mencari dan menyelamat bukan sahaja di Saujana Utama malah beberapa kawasan yang berdekatan,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis memberitahu,kewujudan pasukan bomba sukarelawan Saujana Utama dapat mempercepatkan masa bertindak (response time) dalam satu-satu kes di kawasan perumahan itu.

“Terdapat tiga balai bomba berdekatan Saujana Utama iaitu balai bomba Kota Anggerik, Sungai Buloh dan Bestari Jaya, namun sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas, anggota bomba nak sampai ke sini lambat sedikit.

“Jadi, bila wujudnya bomba sukarelawan Saujana Utama, mereka boleh jalankan operasi sesebuah kes terlebih dahulu sementara menunggu anggota bomba daripada balai bomba berdekatan tiba,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI