fbpx

Dua beradik maut dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan melibatkan lori dan motosikal di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi.

PETALING JAYA – Hilang kawalan menjadi punca dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.54 malam.

Siasatan awal dilakukan mendapati motosikal dinaiki dua mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu dipercayai hilang kawalan.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa itu kemudian jatuh sebelum dilanggar sebuah lori yang melalui jalan berkenaan dari arah yang sama.

“Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pemandu lori terbabit yang berusia 35 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI