fbpx

RUU tukar parti masih dalam proses muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hari ini diadakan untuk meneliti cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, termasuk membincangkan penetapan dasar berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sehingga kini Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah melaksanakan mesyuarat-mesyuarat seperti ketetapan takwim.

“Berdasarkan siri mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara dasar mengenai gubalan RUU ini.

“Namun, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini masih dalam proses untuk memuktamadkan RUU ini sepertimana usul Peraturan Mesyuarat 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) yang telah diluluskan semasa sidang Majlis Khas pada 11 April 2022 yang lalu.

“Selain itu, Jawatankuasa Plihan Khas Parlimen boleh melanjutkan tempoh pembentangan penyata selaras dengan usul di atas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan bertulis (written submission) daripada pertubuhan bukan kerajaan, parti-parti politik dan pakar akademik berkaitan parameter gubalan RUU tersebut selaras dengan usul yang dikemukakan.

Bagaimanapun jelasnya, jawatankuasa tersebut perlu memastikan kerahsiaan perbincangan dan dokumen yang diteliti perlu dijaga selaras dengan Peraturan 85 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI