fbpx

Penunggang motosikal maut langgar lori tanah rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa kemalangan di Kilometer 25.2 KESAS, petang tadi.

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dipercayai merempuh sebuah lori yang rosak di laluan kecemasan di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, mangsa dikenali Mohd. Afif Ahmad, 33, yang beralamat Batu 9, Telok Panglima Garang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 5.41 petang.

Katanya, ketika kejadian mangsa yang menunggang Honda Dash bersendirian menghala ke arah Klang.

“Setibanya di lokasi berdekatan Bukit Kemuning itu, lelaki berkenaan melanggar belakang lori tanah yang mengalami kerosakan.

“Kemalangan di laluan kecemasan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI