fbpx

Polis Perak tidak keluarkan permit program berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Boon Keng.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Polis Perak tidak mengeluarkan permit ke atas sebarang aktiviti kayuhan berbasikal yang dianjurkan di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng sebaliknya berkata, penganjur program hanya perlu memaklumkan kepada pihak polis untuk kawalan lalu lintas.

Katanya, langkah itu penting agar pergerakan peserta dapat dipantau dan keselamatan mereka serta pengguna jalan raya lain terjamin.

“Permit belum dikeluarkan namun mereka (penganjur) dikehendaki memaklumkan kepada polis supaya kita boleh bantu dari segi kawalan keselamatan dan kelancaran lalu lintas.

“Dari segi jumlah peserta, kita tiada hak untuk tetapkan berapa namun diharapkan tidak terlalu ramai supaya tidak sukar dikawal. Saya sarankan sekitar 50 peserta,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri upacara sembahyang di Fo Guang Shan Buddist Centre di sini hari ini.

Boon Keng berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah pemberian permit bagi aktiviti kayuhan berbasikal beramai-ramai di negeri ini.

Menurut beliau, orang ramai yang menyertai aktiviti berbasikal sama ada dalam kumpulan besar mahupun kecil dinasihatkan mengambil langkah keselamatan dengan memakai peralatan perlindungan.

“Berbasikal dalam kumpulan kecil tiada halangan cuma perlu ambil langkah-langkah keselamatan dan kayuh dengan berhati-hati. Pastikan pakai pakaian yang selamat dan guna alat perlindungan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI