fbpx

Mercedes tidak salahkan Lewis Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON terus gagal memperbaiki prestasi apabila sekadar menamatkan perlumbaan GP Emilia Romagna di kedudukan ke-13 Ahad lalu. – AFP

IMOLA, Itali – Ketua Pasukan Mercedes, Toto Wolff berjanji akan mempertahankan Lewis Hamilton selepas juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) tersebut bergelut ketika bersaing di Grand Prix (GP) Emilia Romagna.

Pelumba Britain tersebut dikritik hebat apabila sekadar mampu mengakhiri saingan di kedudukan ke-13, manakala rakan sepasukannya, George Russell sekali lagi memperagakan aksi cukup positif sejurus menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

“Saya perlu melindunginya kerana apa yang dicapai Ha­milton pada saingan tersebut di­sebabkan masalah prestasi jentera yang masih belum stabil sepenuhnya.

“Hamilton adalah pemandu terbaik dunia dan pada saat ini dia tidak mempunyai jentera mahupun peralatan terbaik untuk membantunya mendapatkan ke­putusan cemerlang.

“Jadi, tidak relevan untuk me­ngatakan bahawa dia (Hamilton) gagal melakukan dengan baik meskipun sekadar mena­matkan saingan di kedudukan kelapan, 12 mahupun 15 sekali pun.

“Hamilton akan membantu pasukan ini dan menyelesaikan masalah tersebut bersama pasukan. Kami akan terus bersama-sama untuk melalui fasa sukar ini,” kata Wolff.

Hamilton kini berada di kedudukan ketujuh keseluruhan selepas sekadar mengumpul 28 mata dan ketinggalan 58 mata di belakang pendahulu Charles Leclerc (Ferrari) yang kini me­ngumpul 86 mata selepas meraih dua kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI