fbpx

China didakwa terima bantuan Asia Barat ‘buru’ etnik Uighur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita etnik Uyghur melepasi barisan anggota polis yang bertindak sebagai separa tentera Republik China. - AFP

BEIJING – Pentadbiran  China didakwa ‘memburu’ penduduk etnik Uyghur yang melarikan diri ke luar negara dengan bantuan daripada kuasa Asia Barat, lapor stesen penyiaran ABC, kelmarin.

Menurut dakwaan itu, China mendapat pertolongan daripada Arab Saudi, Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi menjejak etnik minoriti China itu di pelbagai lokasi.

Skala usaha Kementerian Keselamatan Negara China untuk mengganggu, menahan dan mengekstradisi warga Uighur dari seluruh dunia dan kerjasama yang diperolehi daripada kerajaan Asia Barat dan Afrika Utara, diterangkan secara terperinci dalam laporan baharu, “Great Wall of Steel” oleh Institut Kissinger Woodrow Wilson Center di China dan Amerika Syarikat (AS).

Lebih 5,500 etnik Uighur di luar China telah menjadi sasaran Beijing apabila mereka diancam dengan serangan siber dan ugutan berterusan kepada ahli keluarga yang kekal di China.

Lebih 1,500 etnik Uighur telah ditahan atau dipaksa pulang ke China untuk menghadapi pemenjaraan dan penyeksaan dalam tahanan polis, demikian menurut laporan itu.

“Ia merupakan kajian besar pertama yang meletakkan krisis kemanusiaan Xinjiang dalam konteks global, memaparkan dimensi antarabangsa kempen Beijing untuk menindas Uyghur,” kata pengarang laporan itu, Bradley Jardin.

Ahli antropologi, Adrian Zenz berkata, Beijing menggunakan kekuatan ekonomi dan anugerah projek infrastruktur Jalur dan Laluan globalnya untuk menekan negara-negara, termasuk negara  yang mempunyai populasi majoriti Muslim. – Agensi

“Orang Cina agak takut dengan pendapat penduduk Islam mengenai layanan mereka terhadap etnik Uyghur dan telah melakukan usaha tertentu dalam mempengaruhi kerajaan serta pendapat popular di negara-negara itu,” kata Zenz. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI