fbpx

Ameena tanya pergi mana, kenapa tak tidur sekali – Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali bersama anaknya, Ameena yang kini berusia 3 tahun.

PETALING JAYA – Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita lain.

Bagaimanapun, Fizi atau nama sebenarnya,  Mohd. Hafizudin Alimudin sedih mengenangkan masa depan anaknya, Ameena Sofia selepas bercerai dengan bekas isteri, Shakilla Khoriri hujung tahun lalu. Katanya,  kehidupan perlu diteruskan walau macam mana sekalipun namun perhatian dan kasih sayang diberikan seratus peratus terhadap anaknya.

“Orang tengok saya macam gembira je tapi sebenarnya tak tahu sakit kat dalam. Kehidupan perlu diteruskan dan saya doa yang terbaik untuk anak saya (Ameena) supaya dia okey dengan semua ini.

“Kadang-kadang dia ada tanya juga soalan macam ‘daddy pergi mana?’, ‘kenapa daddy tak tidur sekali dengan Ameena?’.

“Saya kena kuat nak beritahu dia. Bila ambil Ameena (dari rumah Shakilla) nak hantar dia balik, Ya Allah.. Tak tahu perasaan dia macam mana.

“Itulah, saya fikir nanti bila dia makin besar, dia sendiri akan faham apa yang terjadi,” katanya dalam keadaan sedikit beremosi.

Dalam pada itu, ditanya lanjut tentang perincian wanita yang dikenalinya, akui Fizi jujur, buat masa sekarang, dia cuma boleh memaklumkan bahawa sedang dalam proses mengenali wanita tersebut dengan lebih mendalam.

“Kalau kalian tanya jujur, ada saya kenal dengan seorang wanita ini. Tiadalah terlampau sampai ke arah yang lebih serius sebab sekarang ini, hati saya masih kosong.

“Anak sentiasa jauh tapi yang ada adalah kerja, kawan-kawan. Ada berkenalan tapi tak tahulah kalau orang kata dah ke arah yang lebih serius, alhamdulillah. Tapi kalau setakat itu sahaja, itu sahajalah,” katanya.

Ditebak pertanyaan sama ada wanita berkenaan yang tidak didedahkan identitinya menjadi punca dirinya enggan kembali kepada bekas isteri, jawab Fizi: Kita sekarang ini nak fokus pada benda di depan. Kalau saya patah balik, kita sendiri tak tahu apa akan terjadi.

“Jadi, lebih baik saya fokus dengan apa yang saya nak buat. Maknanya, saya dah nampak depan dan saya tak nak pandang apa di belakang dah. Mana yang orang kata boleh pergi, saya pergi.

“Dia orang biasa sahaja. Kalau betul ada jodoh dengan orang lain, insya-Allah doakanlah yang terbaik. Kami belum ‘declare’ apa-apa cuma kita sekarang sedang dalam fasa berkenalan.”

Shakilla ketika ditemui media pada majlis tayangan perdana program raya Awesome TV minggu lalu menitiskan air mata apabila berbicara tentang rumah tangga dengan Fizi yang sekarang tidak lagi terbina dan terutama memikirkan masa depan anak mereka, Ameena.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada hujung 2021. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI