PELAKON jelita Priyanka Chopra dan suami, Nick Jonas akhirnya mengumumkan nama anak perempuan mereka iaitu Malti Marie Chopra Jonas.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu hantaran yang dimuat naik kedua-dua pasangan itu dalam Instagram masing-masing.
“Perkenalkan nama cahaya mata kami, Malti Marie Chopra Jonas,” tulis pasangan itu.
Bagaimanapun, sehingga kini Priyanka mahupun Jonas tidak mendedahkan wajah bayi perempuan mereka untuk tatapan peminat.
Malah, pasangan romantik itu juga tidak memberitahu sebab pemilihan nama tersebut diberikan kepada anak mereka.
Tetapi apa yang pasti, Malti dalam bahasa Sanskrit membawa maksud ‘bunga kecil yang harum’ atau ‘cahaya bulan’.
Pasangan popular yang berkahwin pada 1 Disember 2018 itu mengumumkan berita tentang kelahiran bayi mereka yang diperoleh menerusi kaedah ibu tumpang pada 15 Januari lalu.