fbpx

Red Bull jitu pamer penguasaan di Imola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN (kiri) dan Perez berjaya menjulang Red Bull di Imola selepas meraih kejayaan 1-2 dalam perlumbaan GP Emilia Romagna kelmarin. – AFP

IMOLA – Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull menguasai sepenuhnya perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Litar Imola malam kelmarin apabila melakar kemenangan 1-2 pertama mereka sejak 2016.

Juara dunia, Max Verstappen membuktikan kemampuannya apabila menampilkan pemanduan terbaik bagi memenangi perlumbaan itu, diikuti rakan sepa­sukan, Sergio Perez di tempat kedua serta pelumba McLaren, Lando Norris.

Dia yang turut memenangi perlumbaan sprint Sabtu lalu mengakui sangat gembira dengan kemenangan itu selepas gagal menamatkan dua perlumbaan sebelum ini pada GP Bahrain dan Australia.

“Ahad yang cukup menggembirakan. Sebenarnya bukan mudah untuk melakukan sesuatu seperti ini kerana setiap perlumbaan sentiasa mencabar, terutamanya dengan perubahan cuaca secara tiba-tiba.

“Saya dan Perez menunjukkan kerjasama baik dalam perlumbaan ini dan kami layak untuk mencatat kemenangan 1-2. Kami sudah lakukan segala-galanya dalam perlumbaan ini,” kata ­Verstappen.

Dalam pada itu, pendahulu kejuaraan dunia dari pasukan Ferrari, Charles Leclerc yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam meluahkan rasa kecewa apabila gagal bersaing dalam kelompok tiga teratas di Imola.

“Saya sedikit gopoh dalam perlumbaan hari ini (kelmarin) dan perlu membayar harga mahal apabila hilang tujuh mata. Sesuatu yang sangat mengecewakan kerana tujuh mata itu sangat penting dalam perebutan kejua­raan musim ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI