KUALA LUMPUR – Dalam keghairahan menyediakan sepersalinan baju raya, soal keselamatan tidak diabaikan golongan perantau apabila mereka mula sibuk menghantar kenderaan masing-masing ke bengkel untuk diselenggara bagi memastikan perjalanan pulang meraikan Hari Raya Aidilfitri berjalan lancar. Tinjauan Kosmo! di sekitar Lembah Klang mendapati, bengkel-bengkel kereta dilihat tidak putus-putus menerima pelanggan sehingga kebanyakan pengusaha terpaksa memanjangkan waktu operasi sejak minggu lalu. Rata-rata mereka terpaksa bekerja lebih masa antara tiga hingga empat jam sehari selain mengorbankan cuti hujung minggu untuk menyiapkan kenderaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya