fbpx

TPM buka butik sejadah Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Fatimah menunjukkan koleksi sejadah Medina Rose di butik TPM yang baru dibuka kelmarin.

ALOR SETAR – The Prayer Mat Sdn. Bhd. (TPM), pengedar sejadah Madinah popular di negara ini membuka butik pertamanya di pusat beli-belah Aman Central, di sini kelmarin.

Pengurusnya, Siti Fatimah Mohd. Nasaruddin berkata, pihaknya optimis dengan pembukaan butik tersebut selepas lebih memfokuskan kepada platform online sebelum ini.

“Pelanggan kini berpeluang datang ke butik untuk melihat dan merasai sendiri kualiti koleksi sejadah yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui di butik TPM, di tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan di sini semalam.

Ibu Pejabat TPM terletak di Changlun, dekat sini dan telah beroperasi sejak tahun 2019.

Jelas Siti Fatimah, pada pembukaan butik TPM kelmarin, le­bih 200 pelanggan hadir berkunjung untuk melihat dan membeli sejadah yang menjadi pilihan.

“Rata-rata yang datang rasa teruja apabila mereka kini boleh mendapatkan sejadah yang dijual di Arab Saudi di butik ini.

“Bagi yang pernah menunaikan umrah dan haji di Tanah Suci, mereka beritahu sejadah tersebut mengingatkan kembali kenangan mereka sewaktu beribadat di sana yang mana ia bertepatan dengan moto TPM iaitu ‘Seumpama di Haramain’,” ujarnya.

TPM menawarkan lebih 350 rekaan sejadah yang dibawa terus dari Arab Saudi daripada koleksi Medina, Mecca, Aqsa, Callighraphy, Zam Zam dan Elegance yang dijual pada harga bermula RM45 hingga RM209.

Tambah Siti Fatimah, sejadah yang berharga lebih mahal adalah le­bih tebal dan gebu, manakala bebenangnya juga lebih rapat.

“Kami menyasarkan jualan lebih RM6 juta tahun ini, berbanding lebih RM4 juta tahun lalu serta mempunyai perancangan untuk membuka lima lagi butik TPM termasuk di Kuala Lumpur dan Pantai Timur.

“Bersempena dengan pembukaan butik pertama ini, kami menawarkan diskaun 20 peratus untuk setiap pembelian sejadah saiz standard sehingga 4 Mei ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI