fbpx

Promosi Raya Guardian tawar penjimatan 50%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit, Guardian Malaysia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena jualan istimewa Hari Raya Guardian yang bermula dari 27 April hingga 29 Mei 2022.

Ketua Pemasaran Guardian Malaysia dan Brunei, Angela Teo berkata, promosi berkenaan menyediakan peluang terbaik untuk pelanggannya mendapatkan barangan kesihatan dan kecantikan yang diperlukan bagi sambutan Hari Raya, atau sebagai hadiah untuk dibawa ke kampung.

“Sebagai contoh, pengguna boleh jimat sehingga 50 peratus untuk produk penjagaan kulit dan penjagaan diri, serta diskaun 30 peratus untuk penjagaan kosmetik dan kesihatan.

“Selain itu, tedapat tawaran istimewa seperti pek promosi bonanza untuk penjagaan kulit dengan penjimatan 20 peratus hingga 35 peratus untuk produk penjagaan kulit sensitif dan terdapat lebih 1,570 produk yang dijual pada harga RM10 sahaja!” katanya dalam satu kenyataan.

Angela menambah, orang ramai juga boleh menyertai peraduan ‘Scratch & Win Festive Bonanza’ yang menyediakan pelbagai hadiah menarik bernilai RM5 juta untuk dimenangi.

“Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 dalam satu resit untuk mendapatkan kad gores dan menang dan lihat apa yang dimenangi.

“Selain daripada hadiah pertama sebuah motosikal Yamaha MT-25, pelanggan berpeluang memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Flip 3 5G, Thermomix, Ogawa Aromatic Face Steamers dan baucar tunai Guardian. Peraduan ini ditutup pada 29 Mei 2022,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI