fbpx

Maybank sedang usaha selesaikan isu tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perkhidmatan sistem Maybank terus tergendala ekoran masalah teknikal yang dihadapinya setakat pukul 3 petang.

Menerusi satu hantaran di laman Twitter rasmi Maybank, berkata, platform pembayaran Proses Pertukaran Kewangan (FPX), penggunaan kad debit serta aplikasi MAE tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Tambahnya, Maybank juga sedang berdepan masalah teknikal di aplikasi M2U MY dan laman web Maybank2u.

“Harap maklum bahawa penggunaan platform pembayaran Proses Pertukaran Kewangan (FPX), penggunaan kad debit dan aplikasi MAE tidak dapat digunakan buat sementara waktu dan pada masa ini kami juga mengalami kelembapan pada aplikasi M2U MY dan laman web Maybank2u.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” katanya.

Masalah teknikal ini berlaku sejak pagi tadi namun, jangkaan masalah ini akan diselesaikan belum lagi diumumkan pihak bank tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI