fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 3 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di tiga negeri sehingga pukul 11 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan manakala beberapa kawasan di negeri Sarawak dan Sabah.

“Di Sarawak antara kawasan yang terjejas ialah di Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Bukit Mabong) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

“Bagi Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman (Beaufort),” katanya hari ini.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI