fbpx

Bazar Malaka kaut lebih RM1.6 juta dalam tempoh 23 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bazar Melgrab di Jalan Hang Tuah sesak dengan jumlah pengunjung yang tinggi sehingga pukul 1.30 pagi.

MELAKA – Peniaga bazar di Jalan Hang Tuah di sini meraih hasil jualan lebih RM1.6 juta dalam tempoh 23 hari selepas ia menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah sebagai persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Lokasi anjuran Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) yang sebelum ini suram dengan hanya tiga buah khemah yang beroperasi pada Aidilfitri tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, sebanyak 95 peratus daripada 128 peniaga di Melgrab telah merekodkan jualan yang memberangsangkan selepas pelbagai promosi dilakukan.

“Sambutan diterima oleh para peniaga amat mengagumkan, kerana 95 peratus gerai berjaya meraih jualan dan difahamkan pengunjung terus membanjiri bazar Ramadan ini sehingga pukul 1.30 pagi untuk beli-belah.

“Sejak awal Ramadan sehingga 23 Ramadan ini, jumlah kutipan hasil jualan telahpun melebihi RM1.6 juta,” katanya ketika ditemui di Bazar Melgrab di Jalan Hang Tuah, di sini, semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan sebarang usaha yang dapat merangsang ekonomi khususnya pada bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI