fbpx

Jenazah Ali Hamsa tiba di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Ali tiba di kediamannya di Presint 10, Putrajaya pada pukul 8.26 pagi tadi.

PUTRAJAYA – Jenazah Allahyarham bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa selamat tiba di kediamannya di Presint 10 di sini pukul 8.26 pagi tadi.

Jenazah dibawa dengan kenderaan jenazah selain diiring ahli keluarga dan polis pengiring.

Sejurus tiba, ketibaan jenazah disambut ahli keluarga terdekat serta sahabat-handai arwah yang tiba di sini sejak awal pagi.

Sebelum itu, jenazah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 pagi.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan semalam memaklumkan, jenazah akan dibawa ke Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Presint 3, di sini untuk penghormatan terakhir.

Jenazah akan ditempatkan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Menurutnya, pelawat yang ingin memberikan penghormatan terakhir di dinasihatkan untuk tiba di dewan bermula pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari sebelum upacara pengebumian.

Katanya, jenazah akan disembahyangkan selepas solat zohor di Dewan Solat Utama MTMZA.

“Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada 1.30 petang sejurus selepas selesai solat jenazah untuk pengkebumian,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir memberi penghormatan terakhir pada pukul 9.43 pagi di kediaman Allahyarham di sini.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI