fbpx

Ibu Achey meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seminggu menjelang Syawal, pelawak Achey reda menerima khabar duka apabila kehilangan ibunya, Ngaisah Hasaan, 74, yang meninggal dunia sekitar pukul 12.46 tengah malam tadi.

Berita berkenaan dikongsikan sendiri Achey atau nama lengkapnya Mohd. Nasir Hamzah menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik dari kerja. Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik (Ramadan).

“Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-Fatihah,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu juga, Achey turut berkongsi video berada di atas motosikal untuk pulang ke kampung halamannya yang terletak di Segamat, Johor untuk urusan pengebumian ibunya.

Dalam satu hantaran berbeza, Achey turut meminta bantuan memerlukan sebuah van jenazah untuk membawa pulang jasad ibunya dari Johor Bahru ke Segamat.

Difahamkan, Ngaisah baru beberapa hari menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik.

Achey sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatan ibunya berada dalam keadaan tidak menentu dan kerap keluar masuk hospital, sehingga memaksa dia berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor setiap minggu untuk menjaga arwah.

Pada Jun tahun lalu, Ngaisah pernah dimasukkan ke wad berpunca daripada masalah saluran pankreas yang juga dikatakan penyakit jarang dijumpai hingga menyebabkan berat badannya susut lebih 20 kilogram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI