fbpx

Mental pemain Perak FC sudah penat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC masih fokus bermain ketika tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT II) semalam - Foto ihsan Johor Southern Tigers

IPOH – Selesaikanlah segera kemelut dihadapi pasukan.

Itulah kata-kata akhir yang diungkapkan ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah ketika mengulas kekalahan 1-3 anak buahnya ketika bertemu Johor Darul Takzim (JDT) II dalam saingan Liga Premier di Stadium Perak, semalam.

Walaupun tidak mengulas lanjut, tetapi kata-kata Yusri pastinya ditujukan kepada pemilik Perak FC, Impact Media & Communication Sdn. Bhd (IMC) yang belum menyelesaikan isu penjualan pasukan.

IMC sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Perak FC akan dijual kepada JR Resources and Services Sdn Bhd (JR) hujung minggu lalu tetapi ternyata ia menjadi realiti.

“Pemain saya sudah letih, bukan kerana bermain kerap tetapi memikirkan apa yang mereka lalui sehingga kini.

“Kami sudah tidak sanggup menanggung bebanan dan tekanan ini,”katanya

Apapun Yusri memuji pemain muda Perak itu yang masih terus berjuang dalam semua perlawanan mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI