PORTIMAO – Juara dunia, Fabio Quartararo berjaya memenangi perlumbaan pertama pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas menjuarai Grand Prix (GP) Portugal sebentar tadi.
Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha itu berada dalam kelas tersendiri apabila gagal dicabar oleh mudah mengungguli perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao itu.
Tempat kedua GP Portugal menjadi milik pelumba pasukan Pramac Racing, Johann Zarco sementara Aleix Espargaro dari pasukan Aprilia Racing terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat ketiga.
Ia adalah kemenangan GP yang pertama buat Quartararo selepas pelumba berusia 23 tahun dari Perancis itu gagal melakukannya dalam empat pusingan perlumbaan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE