fbpx

Video jelas mempromosi budaya LBGT – Yadim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jutawan kosmetik, Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berkongsi beberapa klip promosi single terbaharunya, Kelepok Raya.

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan video muzik hari raya menampilkan usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini jelas mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, video muzik itu bukan sahaja menganggu sensitiviti rakyat di negara ini bahkan mencemarkan kesucian Bulan Ramadan yang telah memasuki fasa 10 malam terakhir kini.

Beliau berkata, Yadim akui kesal atas penyebaran video itu keraa ia melampaui batasan norma murni masyarakat di Malaysia.

“Tumpuan umat Islam yang sewajarnya diberikan untuk memburu Lailatul Qadar dalam tempoh ini seakan cuba diganggu dengan penyebaran video muzik bertaraf sampah seperti ini.

“Justeru, Yadim mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan yang paling tegas terhadap penyebaran video muzik tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya tidak boleh mengizinkan video songsang tersebut dihidangkan sebagai halwa hiburan hari raya di Malaysia terutamanya kepada anak-anak dan golongan muda. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI