fbpx

Baju Melayu kucing curi tumpuan di Festival Gaya Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suasana kedai jualan baju Melayu Kucing sempena Festival Gaya Raya

PETALING JAYA – Selain sibuk melengkapkan kelengkapan raya buat diri sendiri dan keluarga, kini tular di laman sosial media baju  kucing yang dijual sempena Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia ketika ini.

Menerusi perkongsian satu klip video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fendi, kelihatan suasana kedai yang menjual busana unik itu berjaya mencuri tumpuan apabila dipenuhi orang ramai.

Lebih menarik, baju Melayu yang dijual memiliki pelbagai warna serta turut digandingkan dengan samping dan songkok yang direka khas untuk haiwan tersebut.

Susulan daripada itu, rata-rata penggemar haiwan berkenaan turut terpanggil untuk mendapatkan busana terbabit menjelang Aidilfitri nanti.

“Dekat mana ni, nak beli juga. Hanya pencinta kucing sahaja yang faham lebih-lebih lagi tiada anak lagi,” kata Umi Wahidah.

“Betul la tu, RM10,000 kan dah masuk, kucing tahun ni baju dia lagi mahal dari tuan,” seloroh Sheila. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN