fbpx

Bas E-Mutiara tambah 30 trip perjalanan pulang beraya setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) menambah sebanyak 30 trip perjalanan setiap hari untuk memudahkan perantau pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, penambahan tersebut menjadikan sebanyak 120 trip akan beroperasi bermula 26 April ini berbanding 90 trip perjalanan pada hari-hari biasa.

Menurutnya, perkhidmatan tambahan trip itu melibatkan perjalanan ke seluruh bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung.

“Bagaimanapun, kebanyakan operasi penambahan trip perjalanan ini melibatkan laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

“Setakat ini, E-Mutiara tidak berdepan sebarang masalah apabila semua pemandu akan bertugas seperti biasa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Kepada Anak Yatim, Asnaf Dan Miskin di Depo E-Mutiara, Panji di sini hari ini.

Che Ibrahim memberitahu, beliau menjangkakan seramai 4,000 orang penumpang akan menggunakan khidmat E-Mutiara setiap hari selepas penambahan trip perjalanan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI