fbpx

Pelajar IKBN maut di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Yamaha YZF-R15 dinaiki Abdul Muiz yang maut dalam kemalangan di KM 192.2, LPT 2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Kemaman semalam.

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, Melaka maut selepas motosikal jenis Yamaha YZF-R15 ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 292.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, Abdul Muiz Isa, 19, yang mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumah sewanya di Kuantan, Pahang dari rumah keluarganya di Kampung Baru Pak Sabah, Dungun.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha YZF-R15 yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi lebuh raya.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Hanyan berkata, Abdul Muiz meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.

Beliau berkata, mayat pelajar itu kemudiannya dibawa ke unit forensik hospital sama untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI