fbpx

Empat gol Jesus buat Manchester City buka mata Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS meledak empat gol ketika membantu City membenam cabaran Watford 5-1 pada aksi EPL kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola meng­anggap Gabriel Jesus berjaya membuktikan dirinya sebagai seorang penyerang berbisa selepas meledak empat gol untuk membantu pasukan menewaskan Watford 5-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Keputusan tersebut sekali gus mengesahkan status skuad The Citizens selaku pendahulu liga ketika saingan EPL berbaki lima perlawanan.

Kata Guardiola, prestasi yang dipamerkan oleh penyerang antarabangsa Brazil itu cukup menggembirakannya kerana tidak mempunyai masalah untuk membalas kepercayaan yang diberikan dengan meledak empat gol yang sangat menarik.

“Saya tidak berlaku adil pada Jesus sebelum ini kerana dia tidak mendapat minit permainan yang mencukupi, tetapi jika ada yang boleh meledak empat gol dalam satu perlawanan dalam pasukan kami, dia adalah orangnya.

“Secara jujur, saya anggap dia salah seorang pemain di posisi serangan yang serba boleh ke­rana mampu beraksi di bahagian sayap, mencipta peluang buat rakan sepasukan dan menjadi penye­rang utama,” katanya.

Sementara itu, Jesus yang baru berusia 25 tahun percaya tuah berada di pihaknya kali ini selepas menunggu sekian lama untuk mendapatkan jaringan hatrik sejak mewakili pasukan City pada musim 2016.

“Saya akui kali ini nasib saya lebih baik apabila setiap kali percubaan yang saya lakukan menerjah jaring. Sebelum ini saya pernah menjaringkan dua gol, tetapi apabila mahu mendapatkan hatrik, ia tidak berhasil,” kata Jesus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI