fbpx

Bayern kelab paling berjaya di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Bayern meraikan kejayaan mereka menjuarai Bundesliga buat kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan Dortmund di Allianz Arena awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Bayern Munich mencipta sejarah baharu bola sepak Eropah selepas berjaya merangkul kejuaraan Bundesliga buat kali ke-10 berturut-turut.

Ia menyaksikan Bayern muncul kelab paling berjaya di Eropah dengan memadam rekod sembilan kejuaraan liga berturut-turut dicipta Juventus pada 2020.

Kejayaan itu hadir selepas Ba­yern menewaskan musuh tradisi, Borussia Dortmund 3-1 dalam pertembungan Der Klassiker pada aksi Bundesliga di Allianz Arena awal pagi semalam.

Biarpun masih berbaki tiga perlawanan, namun kemenangan itu telah mengesahkan kejuaraan menjadi milik Bayern dengan ke­lebihan 12 mata ke atas Dortmund di tangga kedua.

Ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann menghamburkan pujian tinggi kepada para pemainnya yang menampilkan permainan sempurna di hadapan penyokong sendiri.

“Kemenangan ini amat manis kerana ia berjaya dilakukan di laman sendiri ke atas musuh ketat (Dortmund) anda. Semua pemain dan penyokong berhak meraikan kejayaan bersejarah ini.

“Tahun ini tidak mudah. Itu sebab saya gembira apabila kami dinobatkan sebagai juara liga,” kata Nagelsmann yang akhirnya berjaya merasai kejuaraan Bundesliga pertama dalam karier kejurulatihannya.

Tiga gol Bayern dalam aksi itu dijaringkan oleh Serge Gnabry, Robert Lewandowski dan Jamal Musiala, manakala Emre Can menghadiahkan jaringan sagu hati buat Dortmund.

Menariknya, kejayaan itu turut menyaksikan bintang Bayern, Thomas Muller muncul pemain paling banyak memenangi gela­ran Bundesliga dengan 11 kejua­raan dalam sejarah pertandingan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI