fbpx

Tiada SJR di Melaka elak trafik ‘melekat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Melaka tidak akan membuat SJR pada musim perayaan bagi mengelak jalan sesak.

MELAKA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri tidak akan melakukan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang musim perayaan Aidilfitri bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Ketuanya, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, ini kerana sebanyak 120,000 buah kenderaan dijangka masuk ke negeri ini sempena hari raya nanti.

Katanya, lebih 100 anggota trafik akan bertugas untuk menjaga aliran trafik dan tiada sebarang SJR dilakukan.

“Sebanyak 100,000 hingga 120,000 kenderaan dijangka masuk masuk ke negeri ini pada Aidilfitri ini, jadi kita tidak akan lakukan SJR kerana ia akan memburukkan lagi aliran trafik.

“Bagaimanapun, sekiranya berlaku kes jenayah dan sekatan perlu dilakukan, kita akan laksanakannya,” katanya pada sidang akhbar ketika Program Jelajah Op Selamat 18 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Petronas di Semabok di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, pihaknya juga telah membentuk empat pasukan ‘Jammed Squad’ bagi meleraikan kesesakan yang teruk di mana-mana lokasi tumpuan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI