fbpx

Tak cukup setahun debut, HOT ISSUE bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOT ISSUE

BELUM genap setahun untuk meraikan ulang tahun debut, kumpulan HOT ISSUE bagaimanapun sudah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada industri.

Kumpulan yang dianggotai seramai tujuh ahli itu terpaksa dibubarkan sebagaimana dimaklumkan agensi mereka, S2 Entertainment.

Ujar agensi berkenaan, keputusan membubarkan HOT ISSUE terpaksa diambil selepas melalui perbincangan yang panjang.

Pihak pengurusan bagaimanapun tidak menjelaskan dengan terperinci punca pembubaran kumpulan gadis cantik itu.

“Maafkan kami atas berita mengejutkan seperti ini.

“Selepas berbincang panjang, kami memutuskan membubarkan HOT ISSUE.

“Kami berusaha keras untuk mencapai hala tuju selari dengan sasaran agensi, namun kami terpaksa mengambil keputusan ini.

“Kami mohon maaf kepada semua peminat yang menyokong dan menyayangi HOT ISSUE selama ini.

“Semoga kalian dapat terus menyokong mereka selepas ini,” katanya.

HOT ISSUE yang dibarisi Nahyun, Mayna, Hyeong-shin, Dana, Yewon, Yebin dan Dain memulakan debut pada 28 April tahun lalu seiring peluncuran album sulung, ISSUE MAKER.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI