fbpx

Luahan Pembaca: Peniaga haram warga asing ‘perompak’ senyap wang negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENIAGA warga asing membawa keluar wang keluar dalam jumlah yang banyak setiap tahun. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

SELAKU peniaga di Pasar Pudu, Kuala Lumpur, saya boleh nampak dengan jelas bagaimana penjual ayam haram warga asing merompak duit kita secara licik.

Bermula pukul 10 malam ke atas, mereka akan mula menyembelih ayam hidup sebelum mencampakkannya ke dalam bekas berisi air. Saya tidak pasti mengapa tetapi saya syak mereka hendak melemaskan ayam tersebut.

Selepas ayam diproses, mereka akan merendam haiwan itu sekali lagi ke dalam tong air untuk memberatkan timbangan.

Lama saya perhatikan mereka ini dan antara yang saya siasat mereka ini tidak mempunyai sijil halal penyembelihan, lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tidak membayar cukai dan zakat serta tiada suntikan thyphoid.

Berbeza dengan kami yang perlu ada semua itu untuk berniaga. Sebahagian pendapatan yang kami dapat, akan disalurkan semula kepada kerajaan yang dinamakan cukai dan zakat.

Permit perniagaan mereka bercampur-campur tetapi bekerja di dalam satu tempat. Begitu mudah mereka menumpang dengan syarikat lain. Ini amat tidak adil untuk kami peniaga tempatan!.

Memang ada operasi daripada pihak berkuasa tetapi masih gagal menyekat mereka ini. Peniaga haram warga asing masih beroperasi tanpa rasa bersalah dan mengaut keuntungan secara haram dan berlebihan.

Bulan lalu saya pernah ke Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membuat aduan tetapi alangkah terkejutnya saya apabila dimaklumkan tiada siapa yang ada kerana semua petugas sedang mengikuti program secara serentak. Saya amat tidak faham keadaan ini.

Bagaimana semua penguat kuasa boleh hadir porgram serentak?

Bagi saya, perkara ini amat penting untuk maslahah umat. Ayam yang dimakan akan menjadi darah daging. Sepatutnya pihak berkaitan perlu melakukan pemeriksaan secara kerap kepada mereka ini kerana ayam dimakan setiap hari.

Selepas dicongak antara modal, untung kasar dan rugi, mereka ini beroleh paling kurang RM1 juta bersih setahun dengan hanya menjual ayam dan bayangkan berapa banyak wang tanpa cukai yang dibawa balik ke negara mereka. Rugi besar kita.

Inilah akibatnya jika pihak atasan tidak mahu turun ke bawah untuk menyiasat secara terperinci.

Siapa yang harus menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat jika bukan kerajaan sendiri?

Mato-mato demo,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI