fbpx

Perlumbaan ‘sprint’ jadi milik Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Verstappen akan memulakan perlumbaan GP Emilia Romagna esok di petak hadapan selepas memenangi perlumbaan 'sprint'.

IMOLA – Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Litar Imola esok di petak hadapan selepas memenangi perlumbaan ‘sprint’ sebentar tadi.

Dia membuktikan kemampuannya sebagai juara dunia apabila berjaya memberi tekanan kepada pemandu Ferrari, Charles Leclerc sepanjang aksi 21 pusingan itu meskipun mengharungi sebahagian besar perlumbaan di tempat kedua.

Ketika perlumbaan berbaki dua pusingan, kerja keras yang dilakukan Verstappen membuahkan hasil apabila dia berjaya memintas Leclerc sebelum menamatkan aksi sebagai pemenang.

“Saya bermula agak buruk pada awal perlumbaan dan tidak tahu mengapa ia berlaku seperti itu. Tayar jentera saya agak sukar dikawal, namun kami tetap tenang dan cuba selesaikan isu itu.

“Charles (Leclerc) memang sangat pantas hari ini tetapi kami berjaya menguruskan tayar dengan baik dan berjaya merapatkan kedudukan sebelum memintasnya di penghujung perlumbaan,” kata Verstappen.

Dalam pada itu, dia juga percaya perlumbaan sebenar esok akan lebih berbeza memandangkan setiap pasukan pastinya memiliki taktik serta strategi bagi mencatat keputusan terbaik.

“Sudah tentu esok lebih sukar kerana pelbagai jenis tayar akan menjadi pertaruhan berbanding tayar lembut yang digunakan hari ini. Bagaimanapun, saya gembira kerana dapat memulakan perlumbaan di petak hadapan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI