fbpx

Arsenal terus tambah duka Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (kanan) perlu fikir sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan menyertai Manchester City musim ini. – AFP

LONDON – Arsenal berada dalam kelas tersendiri apabila mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas seteru tradisi, Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates sebentar tadi.

Kemenangan itu secara tidak langsung mencerahkan peluang The Gunners untuk menamatkan saingan EPL dalam kelompok empat teratas dan layak ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu memulakan perlawanan tersebut dengan penuh keyakinan kerana masih segar dengan kejayaan menewaskan juara Eropah, Chelsea 4-2 pada Khamis lalu.

Ia terbukti apabila Arsenal berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Nuno Tavares yang tidak dikawal dan mudah menolak masuk bola ke dalam gawang United.

Penguasaan Arsenal dalam aksi itu berterusan apabila kali ini giliran Bukayo Saka menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas dia dikasari oleh Alex Telles pada minit ke-32.

Tersentak dengan jaringan itu, The Red Devils bangkit mengasak kubu Arsenal dan berhasil mendapatkan gol pertama menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-34.

RONALDO (tengah) gagal membantu United menewaskan Arsenal biarpun meledak satu gol di Stadium Emirates sebentar tadi. – AFP

United seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila Bruno Fernandes gagal menyudahkan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat pada awal babak kedua.

Sebaliknya, Arsenal yang berjaya menjaringkan gol melalui rembatan deras Granit Xhaka daripada luar kotak penalti pada minit ke-70 untuk menjadikan kedudukan 3-1 buat tuan rumah.

Biarpun membawa masuk Marcus Rashford dan Jesse Lingard, United masih gagal untuk menandingi kualiti Arsenal dalam baki permainan sehinggalah pengadil meniup wisel tamat perlawanan.

Bagi Arsenal, kemenangan itu berjaya menebus kekecewaan tewas 2-3 kepada United sewaktu saingan pusingan pertama liga pada Disember lalu.

United pula terus dilanda malang apabila merekodkan kekalahan kedua berturut-turut selepas dimalukan Liverpool 0-4 di Anfield baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI