fbpx

Kuota jemaah haji Indonesia 2022 kekal terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah dirakam melakukan tawaf perpisahan di Masjidil Haram pada 22 Julai 2021. - AFP

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi meluluskan kuota untuk jemaah haji dari semua negara bagi musim haji 2022, demikian menurut akhbar Saudi Gazette.

Menurut sumber seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan, Indonesia muncul negara yang diberikan kuota haji terbesar  iaitu seramai 100,051 orang.

Pakistan di tempat kedua apabila bakal menghantar seramai 81, 132 jemaah haji, manakala India berada pada kedudukan ketiga dengan 79,237 orang.

Kuota haji keempat terbesar pada tahun ini diberikan kepada Bangladesh yang  melibatkan seramai 57,585  jemaah.

Bagi musim haji tahun ini,  negara dari Benua Afrika iaitu Angola diberikan kuota paling sedikit iaitu 23 jemaah sahaja.

Bagi negara-negara Arab pula, Mesir mendahului dengan kuota yang diperuntukkan adalah seramai 35,375 jemaah.

Dalam kalangan  negara Afrika, Nigeria mendapat bahagian terbesar sebanyak 43,008 jemaah.

Kuota yang diperuntukkan untuk Iran berjumlah 38,481 jemaah, manakala kuota Turki ialah 37,770 orang.

Kuota Amerika Syarikat (AS) pula ialah 9,504 orang, namun Rusia mendapat kebenaran menghantar lebih ramai jemaah iaitu 11,318 dengan China mendapat slot seramai 9,190 jemaah, Thailand mendapat kuota 5,885 orang dan  akhir sekali, Ukraine dengan hanya 91 jemaah.

Kementerian sama sebelum ini mengumumkan bahawa jemaah haji luar negara merangkumi 85 peratus daripada had  sejuta jemaah yang dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Seramai 850,000 jemaah luar negara akan dibenarkan menunaikan haji, manakala  jemaah tempatan pula  dihadkan kepada 150,000 orang.

Jumlah keseluruhan 850,000 jemaah haji luar negara pada tahun ini pula merangkumi hanya 45.2 peratus daripada kuota sebenar jemaah haji yang diperuntukkan untuk setiap negara sebelum penularan wabak Covid-19.

Kementerian berkenaan  telah menetapkan terma dan syarat tertentu untuk jemaah luar negara  pada tahun ini.

Ini termasuk tidak membenarkan jemaah haji berumur 65 tahun ke atas dan bakal jemaah perlu menerima dua suntikan vaksin Covid-19 yang diperakui kerajaan Arab Saudi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI