fbpx

Covid-19 penyebab kematian ketiga terbesar di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG jururawat menyuntik vaksin Covid-19 pada seorang kanak-kanak perempuan di Los Angeles, California. - AFP

WASHINGTON – Data yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendedahkan bahawa Covid-19 adalah penyebab kematian ketiga terbesar di Amerika Syarikat (AS) pada 2021, lapor United Press International (UPI) semalam.

Menurut CDC, seramai 415,000 orang meninggal dunia akibat Covid-19 di AS pada 2020. Kematian disebabkan oleh penyakit jantung pula adalah berjumlah  693,000 orang, manakala kanser membunuh sejumlah 605,000 pesakit.

Angka yang dikeluarkan CDC itu adalah berdasarkan kepada data sijil kematian.

Covid-19 juga merupakan penyebab kematian ketiga terbesar di AS pada 2020 tetapi angka kematian telah meningkat seramai 60,000 orang pada 2021.

Penyelidik-penyelidik menganalisis data termasuk mengkategorikan angka kematian keseluruhan akibat Covid-19 mengikut umur, jantina, bangsa dan etnik. 

Kadar kematian akibat Covid-19 dilaporkan tertinggi dalam kalangan individu berumur 85 tahun dan keatas, penduduk asal Hawaii bukan etnik Hispanik atau penduduk Kepulauan Pasifik dan penduduk asal Alaska. 

Kadar kematian di AS dilaporkan meningkat sebanyak 0.7 peratus antara 2020 hingga 2021. Sementara itu, data baharu mendapati lebih tujuh daripada 10 orang yang tinggal di England atau seramai 38.5 juta penduduk telah dijangkiti Covid-19 sejak pandemik bermula.

Setakat 7 Mac lalu, sekurang-kurangnya 6 juta orang di seluruh dunia telah meninggal dunia akibat Covid-19, demikian menurut data daripada Universiti John Hopkins.

Satu kajian lain yang diterbitkan pada 8 April lalu pula mendapati bahawa vaksin telah mencegah sebanyak 2.2 juta kematian Covid-19 di AS. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI