fbpx

Berlari lebih laju tinggalkan pesaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggun Cotton yang diterajui (dari kiri) Mohd. Shazrin, Noraini, Norafizah dan Mohd. Adzim menawarkan blouse, suit, kaftan, telekung dan kurta lelaki selain baju kurung.

SENAWANG – Persaingan merupakan perkara biasa, persoalannya adalah sama ada kita mahu melihat pesaing lebih kehadapan atau kita yang akan meninggalkan pesaing, ujar pengasas Anggun Legacy Global Sdn. Bhd.

“Untuk berjaya, kita perlu berlari lebih laju berbanding pesaing,” tegas Mohd. Shazrin Yahya, yang mengusahakan jenama Anggun Cotton Collection bersama isteri, Noraini Hanipah berserta adik ipar, Norafizah Hanipah dan suaminya, Mohd. Adzim Zakaria.

Menurut Mohd. Shazrin, Anggun Cotton bermula pada 2014 dengan menjual kain pasang dan pernah berdepan dengan situasi jualan merosot yang membuatkan mereka beralih menawarkan pakaian siap.

“Pada peringkat awal kami terpaksa menerima rekaan kilang, tetapi wujud terlalu ramai pesaing yang menggunakan rekaan sama,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Kongsi Mohd. Adzim, keempat-empat mereka kemudiannya membuat keputusan mengeluarkan rekaan sendiri menggunakan hampir semua wang simpanan yang menjadi titik tolak kejayaan syarikat.

“Alhamdulillah, tindakan ini mendapat sambutan luar biasa pelanggan,” katanya.

Mahu terus berjaya dan tidak mahu lagi melanggar tembok dalam perniagaan, mereka mengikuti program anjuran RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Hasilnya, pada 2021 Anggun Cotton meraih jualan RM36.3 juta dan menyasarkan RM60 juta tahun ini.

Lebih membanggakan, Anggun Cotton Collection turut menerima anugerah seperti Best Brand E-Branding Award 2020 dalam fesyen baju kurung cotton dan Superbrands Malaysia’s Choice 2020.

Selain baju kurung, Anggun Cotton juga menawarkan kurta lelaki, kaftan dan telekung.

Maklumat lanjut dan produk boleh didapati di laman sesawang www.angguncollection.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI