fbpx

Lelaki pakai kebaya teman wanita untuk testimoni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi lelaki menyarung baju kebaya yang dibeli buat kekasihnya sebagai testimoni buat penjual pakaian. - Twitter

JAKARTA – Seorang lelaki mencuri perhatian netizen apabila memberi testimoni baju kebaya yang dibeli untuk teman wanitanya dengan cara  unik, lapor laman berita Suara semalam.

Menurut lelaki itu, dia membeli kebaya tersebut sebagai hadiah buat kekasihnya dan penjual online meminta dia memberikan penilaian terhadap produk yang dibeli.

Lelaki itu secara spontan menyarung baju kebaya itu dan merakam  gambar untuk diberikan sebagai testimoni.

“Ini sebenarnya hadiah buat teman wanita saya tetapi saya sengaja mencuba memakainya kerana berasakan ia akan menjadi sesuatu yang lucu.

“Jangan salah faham, saya lelaki sejati,” tulis lelaki itu pada status yang dimuat naik di laman Twitter.

Foto lelaki yang berkebaya itu mengundang pelbagai komen, namun kebanyakan netizen memahami niat lelaki itu hanya bergurau.

“Beruntung teman wanitanya kerana  memiliki kekasih yang mahu mencuba dulu baju yang dibeli sama ada berkualiti atau tidak,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI