fbpx

Everton terdesak curi satu mata di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD berharap pasukannya mampu meraih satu mata ketika aksi bertemu Liverpool nanti. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Frank Lampard mengakui gembira sekiranya dapat meraih sekurang-kurangnya satu mata menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Anfield malam ini.

The Toffees berada dalam si­tuasi cukup sukar ketika ini apabila semakin hampir berada dalam zon penyingkiran dengan memiliki kelebihan satu mata ke atas pasukan tangga ke-18, Burnley.

Justeru, Lampard berkata, beliau berpuas hati sekiranya Everton mampu mencatat keputusan seri ke atas Liverpool yang sedang berada pada prestasi terbaik mereka ketika ini.

“Sudah tentu saya gembira untuk bawa pulang sekurang-kurang­nya satu mata ke Goo­dison Park. Kami akan berdepan pasukan yang menjaringkan empat gol ke atas Manchester Uni­ted.

“Saya pernah bermain serta mengurus pasukan bertemu Liver­pool, jadi saya tahu kemampuan yang mereka miliki. Kami perlu hormati Liverpool kerana mereka adalah pasukan yang hebat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak sabar untuk bertemu pe­ngendali Liverpool, Jurgen Klopp yang pernah bertekak dengannya ketika mengemudi Chelsea menentang pasukan itu dua tahun lalu.

“Saya sering bertemu de­ngan beliau sejak menguruskan Chelsea dan semuanya berada dalam keadaan baik. Suasana panas dalam perlawanan adalah perkara biasa kerana kedua-dua pasukan mahukan kemenangan,” ujar Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI