fbpx

Selangor tertekan untuk pertahankan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKMAL ABDUL (kiri) dan Raja Norsharina mengakui berdepan tekanan hebat untuk mempertahankan gelaran Piala Tun Abdul Razak yang dimenangi tahun lalu

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Selangor, Ikmal Abdul Jabar mengakui berdepan tekanan hebat untuk memastikan skuad bimbingannya berjaya mempertahankan gelaran Piala Tun Abdul Razak yang dimenangi tahun lalu pada saingan kali ini.

Beliau sedar jangkaan cukup tinggi terhadap terhadap Selangor musim ini kerana mereka diperkuatkan dengan kehadiran enam pemain skuad remaja wanita negara dan dua tonggak senior kebangsaan.

“Saya ada lapan pemain dalam skuad kebangsaan dan ia bagus sebenarnya kerana kerja saya akan lebih mudah dari segi taktikal dan sistem permainan dengan bantuan mereka.

“Bagaimanapun, sudah tentu tekanan buat saya cukup tinggi tetapi ini adalah tugas saya untuk memastikan sasaran pasukan berjaya tercapai,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Selangor akan memulakan saingan Kumpulan A menentang Terengganu di Stadium Hoki Nasional esok diikuti Pulau Pinang pada Sabtu sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Perak keesokan harinya.

Sementara itu, kapten Selangor, Raja Norsharina Raja Shabudin menganggap Pahang sebagai pencabar utama yang mampu menjejaskan peluang mereka menjuarai gelaran musim ini.

“Pahang mempunyai dua pemain yang tidak bermain tahun lepas dan pada masa sama diperkuatkan dengan kehadiran bekas kapten kebangsaan (Siti Noor Amarina Ruhani),” jelasnya.

Dua pemain yang dimaksudkan itu ialah dua bintang skuad wanita kebangsaan, Hanis Nadiah Onn dan Wan Norfaeizah Md. Saiuti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI