fbpx

Ramai pilih mahu kekal pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai dilihat lebih cenderung mahu kekal memakai pelitup muka - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat lebih cenderung mahu pemakaian pelitup muka dikekalkan sekiranya kerajaan memberi kelonggaran kelak.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, pemakaian pelitup muka menjadi topik hangat yang dibincangkan susulan pengumuman mengenai kelonggaran pemakaian pelitup muka yang dijangka diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada minggu hadapan.

Berdasarkan pemerhatian, ramai yang menegaskan akan terus memakai pelitup muka kerana masih bimbang dengan penularan wabak Covid-19.

Tangkap layar beberapa komen pengguna media sosial berkenaan pemakaian pelitup muka.

Selain itu, ada juga yang beritahu akan kekal memakai pelitup muka kerana sudah selesa selain sudah membeli stok yang banyak.

“Kalau kerajaan mansuhkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, rasanya saya akan terus pakai sebab risau Covid-19. Memang tak jamin tidak akan dijangkiti, sekurang-kurangnya rasa lebih selamat,” kata Syafrul.

Seorang lagi pengguna, Ayu Is berkata, sekiranya diberi kelonggaran, dia berharapn individu yang mempunyai gejala seperti batuk, selesema memakai pelitup muka di tempat awam.

“Sesiapa yang selesema, batuk harap pakai pelitup muka agar tak berjangkit pada orang lain,” katanya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Jamilah berkata, seeloknya kerajaan menggugurkan prosedur operasi standard (SOP) lain tetapi kekalkan pemakaian pelitup muka.

“Jangan terburu-buru, lebih-lebih raya perayaan semakin hampir,” katanya.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin memaklumkan sebarang pengumuman terbaharu mengenai SOP pelitup muka akan diumumkan pada minggu hadapan.

Ia berikutan terdapat khabar angin yang mengatakan kerajaan akan melonggarkan SOP pemakaian pelitup muka memandangkan negara kini menuju ke arah fasa peralihan ke endemik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI